Saturday, September 13, 2008

MAJLIS SUMBANGAN BERAS

Pusat Khidmat Masyarakat Adun Batu Caves dengan kerjasama JKKK Kg Nakhoda akan mengadakan Majlis Sumbangan Beras dari Kerajaan Negeri Selangor sempena Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.


Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor berbesar hati menyumbang beras, susu dan gula kepada rakyat Selangor memandangkan harga barangan semakin naik menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang ini.


Berikut adalah maklumat program Sumbangan Beras iaitu:-


Tarikh : 14 September 2008 (Ahad)

Tempat : Dewan Orang Ramai, Kg Nakhoda

Masa : 2.00 petang





Majlis tersebut akan disempurnakan oleh

YB Amirudin Shari, Adun Batu Caves.






Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr. Mazeni (JB) di talian 03-61867231 atau 016-6546448.

Monday, September 8, 2008

GOTONG ROYONG PERTAMA DI KOMPLEKS JKKK


Pada 30 Ogos 2008 yang lalu, pihak JKKK Kg. Nakhoda telah mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan Kompleks JKKK Kg Nakhoda sebelum menyambut ketibaan Ramadhan pada tahun ini. Seramai 30 orang penduduk kampung bersama-sama dengan AJK yang ada telah beramai-ramai membersihkan kawasan Kompleks tersebut bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 1 tengahari.




Ini adalah program pertama yang dilakukan oleh pihak JKKK di dalam mengindahkan Kompleks JKKK sedia ada. InsyaAllah, selepas Hari Raya ini, berbagai lagi program akan diatur oleh pihak JKKK demi untuk kesejahteraan penduduk kampung ini.