Monday, September 8, 2008

GOTONG ROYONG PERTAMA DI KOMPLEKS JKKK


Pada 30 Ogos 2008 yang lalu, pihak JKKK Kg. Nakhoda telah mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan Kompleks JKKK Kg Nakhoda sebelum menyambut ketibaan Ramadhan pada tahun ini. Seramai 30 orang penduduk kampung bersama-sama dengan AJK yang ada telah beramai-ramai membersihkan kawasan Kompleks tersebut bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 1 tengahari.




Ini adalah program pertama yang dilakukan oleh pihak JKKK di dalam mengindahkan Kompleks JKKK sedia ada. InsyaAllah, selepas Hari Raya ini, berbagai lagi program akan diatur oleh pihak JKKK demi untuk kesejahteraan penduduk kampung ini.